top of page
Search

Lawatan kerja KPKM ke Let'z Play Therapy

Lawatan Kerja YBhg. Datuk Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM) ke Let’z Play Therapy, Kota Samarahan, Sarawak


📅 Tarikh: 27 Januari 2025 (Isnin)

📍 Tempat: Let’z Play Therapy, Kota Samarahan, Sarawak


Pihak Let’z Play Therapy berbesar hati menerima lawatan daripada YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM), ke pusat terapi kami hari ini.


Lawatan ini memberi penghormatan besar kepada usaha kami dalam menyediakan perkhidmatan terapi berkualiti tinggi untuk menyokong kanak-kanak berkeperluan khas seperti Autism, ADHD, ASD, dan lain-lain. Dengan pendekatan terapi bermain yang menyeronokkan dan menyeluruh, Let’z Play Therapy komited membantu perkembangan emosi, sosial, dan fizikal kanak-kanak, melibatkan pelbagai terapi dan aktiviti yang direka khas mengikut keperluan individu.


Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk KPKM atas kesudian melawat dan menyokong usaha kami. Lawatan ini menjadi inspirasi buat kami untuk terus berkhidmat kepada komuniti berkeperluan khas di Kota Samarahan dan sekitarnya.


Terima kasih atas sokongan anda!



 
 
 

Comments


Call us at 082 - 367449

Our Branch:

- Kota Samarahan (HQ)

- Sourabaya, Kuching

bottom of page